ENGLISH VERSION Saiz teks : A A A Latar :            

Perkhidmatan Online

Semak Status Permohonan Ke Politeknik PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
MAKLUMBALAS
ONLINE
DIREKTORI STAF eDokumen JAWATAN KOSONG SOALAN UMUMSINDIKASI RSS BAYARAN ONLINE BANTUAN ONLINE

Aplikasi

eSiS: Sistem Maklumat Kursus dan Latihan Pensyarah CIDOS: Sistem Maklumat Kurikulum Laman Web EKSA JPP Puspanita Cawangan
Kecil JPP
SEMAKAN GRADUAT
POLITEKNIK
JADUAL WAKTU MUKTAMAD
PEPERIKSAAN AKHIR
SELARAS POLITEKNIK
KPM SESI JUN 2014
Single Sign-OnFacebookVersi Mobile

Multimedia

Gambar Video

Pautan

Portal Rasmi MyGov MSC Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Lain-lain Pautan

Login Pentadbir

Login

Katalaluan


Berita

Universiti Dalam Institusi Politeknik Menjelang Tahun 2015, Kata Mohamed Khaled

PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan enam program baharu di peringkat ijazah sarjana muda di bawah Transformasi Politeknik Fasa Kedua akan membantu hasrat mewujudkan universiti dalam institusi Politeknik menjelang tahun 2015, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata enam program itu yang dilaksanakan tahun ini di Politeknik Premier ialah Pengurusan Perniagaan, Teknologi Pembuatan, Teknologi Rekabentuk Kejuruteraan, Rekabentuk Teknologi Automotif, Kejuruteraan Elektronik Perubatan, Animasi Digital dan Pengurusan Pelancongan Antarabangsa.

Dua daripada enam program itu akan dilaksanakan secara program berkembar, katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Transformasi Politeknik Fasa Kedua di sini Selasa.

"Setiap tahun, 13,000 pelajar lulusan Diploma Politeknik terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain untuk memasuki universiti-universiti awam. Selain itu, mereka juga berdepan dengan soal persetaraan...tidak mudah untuk pelajar-pelajar Politeknik untuk melanjutkan pengajian.

"Dengan penubuhan universiti dalam institusi Politeknik ini, ia akan memberi laluan yang jelas kepada pelajar-pelajar Politeknik...ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar untuk memilihi bidang teknikal dan vokasional," katanya.

Menerusi Transformasi Politeknik Fasa Kedua yang bermula tahun ini sehingga 2015, Mohamed Khaled berkata kedudukan politeknik dalam jaringan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat serantau dan antarabangsa menjadi fokus utama.

"Antara aktiviti yang sedang diusahakan ialah pemerolehan akreditasi program dengan Dublin Accord (DA) dan akreditasi institusi dari Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) dan juga melaksanakan kolaborasi dengan institusi dan agensi luar negara. Ia akan dilaksanakan dari tahun ini sehingga 2016," katanya.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata Politeknik akan memperkenalkan 49 program pengajian baharu yang dirancang sehingga tahun 2018.

"Semua program ini termasuk di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menjanjikan peluang pekerjaan meluas kepada pelajar-pelajar kita. Program tersebut, kesemuanya berteraskan keperluan industri program-porgram ini akan memberi manfaat kepada tambahan 15,300 pelajar dengan bilangan kemasukan seramai 2,550 pelajar setiap tahun.

"Kejayaan pelaksanaan fasa kedua Transformasi Politeknik ini akan menentukan peranan kritikal yang perlu dilaksanakan oleh institusi Politeknik untuk menyokong proses pembangunan dan transformasi negara," katanya.

-- BERNAMA

Oleh: ADMINISTRATOR | Tarikh: 20/03/2013
Peta Laman

Tarikh kemaskini 01/12/2014.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox dan IE 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Jabatan Pengajian Politeknik, Galeria PjH,Aras 3-5, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-88919000 Faks: 03-88919300
Emel: webjppoli@moe.gov.my

Sebarang maklumat berkaitan pengambilan politeknik, sila layari :
www.politeknik.edu.my

HTML Hit Counter
Jumlah Pelawat
Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.