ENGLISH VERSION Saiz teks : A A A Latar :            

Perkhidmatan Online

Semak Status Permohonan Ke Politeknik PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
MAKLUMBALAS
ONLINE
DIREKTORI STAF eDokumen JAWATAN KOSONG SOALAN UMUMSINDIKASI RSS BAYARAN ONLINE BANTUAN ONLINE

Aplikasi

eSiS: Sistem Maklumat Kursus dan Latihan Pensyarah CIDOS: Sistem Maklumat Kurikulum Laman Web EKSA JPP Puspanita Cawangan
Kecil JPP
SEMAKAN GRADUAT
POLITEKNIK
JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN AKHIR
POLITEKNIK SESI DEC 2013
Single Sign-OnFacebookVersi Mobile

Multimedia

Gambar Video

Pautan

Portal Rasmi MyGov MSC Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Lain-lain Pautan

Login Pentadbir

Login

Katalaluan


Berita

Jawatan Profesional Tidak Semestinya Pilihan Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jika alat pendingin hawa anda rosak, siapa yang perlu dipanggil membaikinya?

Jika terdapat masalah dengan pendawaian elektrik di rumah, perlukah dipanggil pendawai elektrik untuk membantu?

 Dari manakah mereka ini belajar membaiki alat pendingin hawa atau sistem pendawaian elektrik? Mungkinkah anak anda mempunyai minat dalam industri perhotelan.

Apakah peluang bagi mereka mendapat pekerjaan dalam sektor seumpama? Jawapannya ialah `pendidikan vokasional`. Menurut Pensyarah universiti Abdul Rahman Johar, pendidikan vokasional adalah pendidikan di mana individu diberi latihan praktikal yang membenarkan mereka melibatkan diri dalam kerjaya yang memerlukan keupayaan manual atau praktikal. "Antara kerjaya pendidikan vokasional adalah penukangan paip, pendawaian elektrik, pengurusan hotel dan pemasangan alat pendingin hawa.

"Pendidikan teknikal dan vokasional juga dikenali sebagai pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET)," kata beliau. Di Malaysia, TVET disediakan di sekolah menengah teknik dan vokasional (SMT/SMV) selain Kolej Komuniti dan Politeknik. FOKUS DAN SUMBER Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) menyatakan terlampau banyak fokus dan sumber disalurkan untuk pendidikan `akademik` berbanding pendidikan vokasional. Menurut laporan UNESCO, banyak pihak melihat pendidikan vokasional dari segi `seolah-olah pendidikan vokasional hanya bagi mereka yang gagal atau tidak cemerlang dalam bidang akademik".

Menurut Abdul Rahman, pendidikan vokasional mempunyai tumpuan khusus dan praktikal dan bukan hanya dari segi akademik, dan ia sesuai bagi mereka yang mempunyai keupayaan memulakan kerjaya dalam bidang yang mereka minati. Katanya, kerajaan menyumbang terhadap pendidikan vokasional bagi memastikan mereka yang mempunyai keupayaan teknikal sedia ada dalam pasaran, dan menawarkan peluang kerjaya bagi mereka yang tidak berminat menjalani kursus-kursus `profesional`.

"Ada institusi yang tawarkan latihan vokasional supaya pelajarnya lulus dengan kemahiran yang diperlukan dan ini membolehkan mereka mendapat pekerjaan dengan segera. "Institusi ini khusus bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang tenikal atau mereka yang mirip pada dua landasan pendidikan, satu untuk bidang pendidikan tinggi, dan satu lagi bersedia untuk terus memasuki alam pekerjaan," jelas beliau. INSTITUSI TEKNIKAL Menurut Abdul Rahman, sebahagian besar daripada pendidikan vokasional adalah latihan berkonsepkan `hands-on` (praktikal).

"Oleh itu latihan vokasional adalah jambatan antara alam pendidikan dan pekerjaan. Biasanya ia ditawarkan di peringkat sekolah menengah atau di peringkat lebih tinggi". Antara institusi teknikal yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Pusat GIATMARA selain Institut Pertanian.

Menurut statistik, terdapat 21 ILP, 14 IKBN, tiga ADTEC, 162 Pusat GIATMARA selain 36 kolej komuniti dan 24 politeknik yang menawarkan kursus vokasional peringkat sijil dan diploma di seluruh negara.

LATIHAN SEMASA BEKERJA Bagi sektor pembuatan, biasanya latihan semasa bekerja diberikan. Latihan bukan sahaja diberikan kepada pekerja baru, bahkan mereka yang berpengalaman bagi memastikan mereka boleh maju ke peringkat lebih tinggi. Menurut Abdul Rahman, latihan sebegini biasanya diberikan kepada pekerja yang `setahun jagung` secara menggandingkan mereka dengan seorang pekerja yang sudah berpengalaman.

Pada era di mana syarikat memberi fokus terhadap kerja berpasukan bagi meningkatkan produktiviti, banyak syarikat telah membangunkan modul latihan yang mengajak pekerja membentuk `arah tujuan dan tanggungjawab sendiri` sebagai sebahagian daripada pengembangan keupayaan mereka. Dalam sektor pembuatan seperti perusahaan kenderaan bermotor dan pembuatan bahagian motor, majikan biasanya akan menawarkan program `rintis` yang mempunyai kombinasi latihan masa kerja dan tunjuk ajar di kelas.

Kerajaan melalui agensi-agensinya telah memperkenalkan pelbagai program pembangunan untuk skil, teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan dalam bidang industri dan teknologi. Sudah tiba masanya, generasi muda yang tidak berminat dalam pembelajaran akademik diberi galakan dan sokongan untuk mengikuti latihan berbentuk skil dan teknikal.

-- BERNAMA

Oleh: ADMINISTRATOR | Tarikh: 31/01/2012
Peta Laman

Tarikh kemaskini 21/07/2014.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox dan IE 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Jabatan Pengajian Politeknik, Galeria PjH,Aras 3-5, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-88919000 Faks: 03-88919300
Emel: webjppoli@moe.gov.my

Sebarang maklumat berkaitan pengambilan politeknik, sila layari :
www.politeknik.edu.my

HTML Hit Counter
Jumlah Pelawat
Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.