ENGLISH VERSION Saiz teks : A A A Latar :            

Perkhidmatan Online

Semak Status Permohonan Ke Politeknik PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
MAKLUMBALAS
ONLINE
DIREKTORI STAF eDokumen JAWATAN KOSONG SOALAN UMUMSINDIKASI RSS BAYARAN ONLINE BANTUAN ONLINE

Aplikasi

eSiS: Sistem Maklumat Kursus dan Latihan Pensyarah CIDOS: Sistem Maklumat Kurikulum Laman Web EKSA JPP Puspanita Cawangan
Kecil JPP
SEMAKAN GRADUAT
POLITEKNIK
JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN AKHIR
POLITEKNIK SESI DEC 2013
Single Sign-OnFacebookVersi Mobile

Multimedia

Gambar Video

Pautan

Portal Rasmi MyGov MSC Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Lain-lain Pautan

Login Pentadbir

Login

Katalaluan


Berita

IKM dan POLITEKNIK METRO di Tasek Gelugor

IKM RM50j di Tasek Gelugor

Utusan Malaysia - 31 Oktober 2010

BUTTERWORTH 30 Okt. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta bagi membina Institut Kemahiran Mara (IKM) di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini yang bakal menjadi mercu tanda baru pembangunan pendidikan di daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Selain itu, sebuah institusi kemahiran dikenali sebagai Politeknik Metro juga akan dibina di kawasan tersebut yang dijangka memberi peluang kepada lebih ramai golongan belia untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan kemahiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembinaan kedua-dua institusi itu akan dimulakan awal tahun depan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

"Pembinaan kedua-dua institusi ini akan membuka peluang kepada pelajar-pelajar di daerah ini untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kemahiran bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

"Ini adalah salah satu bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap kemahiran terutamanya kepada para lepasan sekolah agar mereka tidak hanya bergantung kepada keputusan bersifat akademik semata-mata bagi mendapatkan pekerjaan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 600 masyarakat India dari sekitar kawasan tersebut di pekarangan pusat khidmatnya di sini hari ini.

Nor Mohamed memberitahu, kos pembinaan Politeknik Metro adalah lebih rendah iaitu sekitar RM10 hingga RM20 juta memandangkan ia hanya melibatkan pengubahsuaian bangunan kedai sedia ada.

Oleh: admin | Tarikh: 01/11/2010
Peta Laman

Tarikh kemaskini 21/07/2014.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox dan IE 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Jabatan Pengajian Politeknik, Galeria PjH,Aras 3-5, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-88919000 Faks: 03-88919300
Emel: webjppoli@moe.gov.my

Sebarang maklumat berkaitan pengambilan politeknik, sila layari :
www.politeknik.edu.my

HTML Hit Counter
Jumlah Pelawat
Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.