ENGLISH VERSION Saiz teks : A A A Latar :            

Perkhidmatan Online

Semak Status Permohonan Ke Politeknik PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
MAKLUMBALAS
ONLINE
DIREKTORI STAF eDokumen JAWATAN KOSONG SOALAN UMUMSINDIKASI RSS BAYARAN ONLINE BANTUAN ONLINE

Aplikasi

eSiS: Sistem Maklumat Kursus dan Latihan Pensyarah CIDOS: Sistem Maklumat Kurikulum Laman Web EKSA JPP Puspanita Cawangan
Kecil JPP
SEMAKAN GRADUAT
POLITEKNIK
JADUAL WAKTU MUKTAMAD
PEPERIKSAAN AKHIR
SELARAS POLITEKNIK
KPM SESI JUN 2014
Single Sign-OnFacebookVersi Mobile

Multimedia

Gambar Video

Pautan

Portal Rasmi MyGov MSC Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Lain-lain Pautan

Login Pentadbir

Login

Katalaluan


Berita

Bina politeknik di bandar besar tampung keperluan pekerja mahir

(rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm&arc=hive)

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan akan membina kampus politeknik metro di bandar-bandar besar bertujuan menampung keperluan pekerja mahir dalam industri perkhidmatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program yang ditawarkan amat fleksibel dengan memberi peluang kepada bakal pelajarnya mengikuti pengajian secara penuh dan separuh masa.

Menurutnya, pemilihan lokasi di bandar-bandar besar mampu menjimatkan kos sehingga lebih RM300 juta bagi kampus berbanding pembinaan kampus biasa di pinggir bandar.

"Kos pembinaan sebuah kampus tradisional ialah antara RM300 hingga RM350 juta sebuah manakala kampus politeknik metro hanya menelan belanja RM20 juta.

"Selain mampu menampung keperluan pekerja mahir dalam industri perkhidmatan, kerajaan juga berupaya menjimatkan kos pembinaan," katanya semasa menggulung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Mohamed Khaled, empat politeknik metro akan dibina tahun ini dan selebihnya enam buah lagi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) yang inginkan penjelasan mengenai pembinaan satu kolej komuniti bagi satu Parlimen, Mohamed Khalid berkata, kerajaan akan melaksanakan dasar itu.

Tetapi, jelasnya, ia mengikut keutamaan iaitu didahulukan kepada kawasan yang tidak mempunyai sebarang institusi pengajian tinggi atau pusat kemahiran.

"Kerajaan memang akan dirikan tetapi tidak boleh dibuat secara sekali gus, ia bergantung pada keutamaan. Pada masa ini di seluruh negara terdapat 42 kolej komuniti induk dan 22 cawangan.

"Dalam tahun ini, 11 lagi kolej komuniti akan dibina, kita juga telah menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi bagi meluluskan 19 lagi untuk dibina dalam RMK-10," katanya.

Oleh: admin | Tarikh: 02/04/2010
Peta Laman

Tarikh kemaskini 01/12/2014.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox dan IE 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Jabatan Pengajian Politeknik, Galeria PjH,Aras 3-5, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-88919000 Faks: 03-88919300
Emel: webjppoli@moe.gov.my

Sebarang maklumat berkaitan pengambilan politeknik, sila layari :
www.politeknik.edu.my

HTML Hit Counter
Jumlah Pelawat
Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.